Sunday, January 16, 2011

Pergi Bali - Day 2

4 Hari saja - Pergi 25 Dec 2010 .....Balik 28 Dec 2010

Hari 2 - Ahad 26 Dec 2010

Bertemu Kembali....kita sambung ya!
Kat sini matahari terbit 1 jam awal dari Singapore, so kena adjust waktu solat awal sedikit. Kami turun serapan kat hotel @9am (breakfast included). Terletak di ground floor, cafe nya tak berapa besar tapi selesa dan kenas. Tak ada buffet, cuma set breakfast...ok jugak lah..makan ala western gitu..kenyang jugak.
Ini pilihan my wife..coco crunch, croissance,fruits salad & fresh orange.
Ini my choice..Omelette, bread, oats with honey and banana juice.

Lepas serapan, kami naik semula ke bilik, ambil bagpack dan keluar cari motor sewa untuk nak pergi Tanah Lot. Kat depan hotel, melalui jalan poppies lane memang banyak kedai sewa motor. So kita pun sewa motor auto dgn harga rp$50,000 dlm S$7.50..murah amat! utk satu hari saja dgn 2 helmet. kita pun start perjalanan dgn paduan map yg aku bawak dan pada papan tanda sepanjang perjalanan. Aku ada bawak GPS tapi terlupa pulak nak bawak charger..selenger kan aku!
Dalam 1 km kata jumpa petrol station dan isi minyak dulu. full tank rp$15,000 @S$2.00 berbaloi!
Jarak dari hotel ke Tanah Lot dalam 35 km saja. Cuaca ari tu panas pulak. Aku pakai Tshirt aja..abis lengan aku terbakar..jadi lah macam arang batu.
Perjalan sungguh menarik! melihat rumah org org bali yg unik, sawah bendang, lembu melintas jalan.

Ini lah dia mat rempit Singapore! Yang belakang itu..sawah padi.
At last kita sampai jugak di Tanah lot. Tempat ini mesti singgah kalau anda ke Bali. Ia ada lah Temple penganut Hindu yang terletak di atas batu dan hampir ke laut (500m dari pantai) Bayaran utk masuk ke kawasan ini @rp$10,000 sorang. Kami park motor yg di sediakan. Helmet kami tinggalkan kat motor tapi kai kunci( kunci bawak dari rumah) Oleh kerana terlalu dahaga, kami singgah minum air kelapa. Di sana ada banyak kedai makan dan cenderahati. Pas tu kami pun mulakan tour.

Ini lah motor yg kami sewa. Ambil gambar motor sebab takut terlupa kat mana aku park bila nak pulang nanti.
Gerbang ke tanah lot.

Ini lah Temple dia. Waktu ini air pasang so tak ada orang boleh pergi kat sana sehingga air surut.

Upacara sembahyang penganut Hindu sedang berlangsung.

Cari ! where's my wife?


Laluan ke Tanah Lot di penuhi deretan kedai.

Dah puas melihat keadaan dan suasana di Tanah Lot, kami pun cari lah tempat makan bab perut dah lapar ni! We landed kat kedai makan nasi padang orang islam. Kat sini pun banyak jugak kedai makan halal. Tak usah lah bimbang.
Ada pulak jual jagung bakar. Apalagi kita pun beli dan makan sambil jalan.

Lepas makan, kita pun belah naik motor. Next destination: Denpasar kemudian Nusa Dua.
Dalam perjalan ke Denpasar, aku terpandang ada jualan buah nangka dan durian kat tepi jalan. Berhenti lah kejap..belek belek..kita beli 2 biji durian dan terus makan kat situ and buah nangka takaway.
Puas Hati!

Minah rempit. Yang kat plastik merah tu buah nangka. Murah amat!

Dekat dekat nak sampai Denpasar, aku terpandang pulak sebuah Masjid. Aku berhenti dam kami ingat nak solat dulu, tapi bila masuk ruang sembahyang, terkejut besar melihat jemaah lelaki dan pompuan sembahyang bersebelahan tampa bidai. Kita pun tak jadi nak solat dan teruskan perjalanan. Kami cuma singgah kejap aja kat bandar Denpasar dan teruskan perjalanan ke NUsa Dua. Tak sangka pulak jarak nya jauh sangat. Penat jugak.My wife pun sampai tertidur kat belakang. 
Last last kami cancel pergi Nusa Dua and exit highway dan pulang ke Kuta.

Tiba di Kuta dlm jam 5 ptg, saya terus pulangkan motor sebab dah tak gunakan lagi. Kami berjalan pulang ke hotel da solat. Dah selesai, saya pun pakai seluar mandi yang baru di beli pagi tadi dan kami terus pergi ke pantai. Di pantai saya pun pergi sewa surf board dgn harga rp$50,000 utk satu jam. Saya memang tak pernah surfing tetapi hati sungguh sungguh nak experience surfing. Saya belajar surfing di youtube. Kira kira ada confidence lah!
Di pantai memang ramai orang. So kalau ada orang bawak surf board menuju ke pantai, ramai orang akan perhatikan dan melihat gaya surfer. Begitu jugak bila saya bawa surfboard. Actually saya pun tak tahu cara nak bawa surfboard ini tapi action good aja lah. Cepat cepat jalan menuju ke laut. Bila kat dalam air aku perhatikan ramai orang tengok aku..wow! segan jugak ni..tapi aku cool aja..concentrade macam mana nak mula surfing dan mengingati apa yg aku belajar di youtube.
Penat juga surfing apabila melawan ombak kemudian berpusing kehadap, lompat dan baring di atas board dan tunggu ombak datang. Bila ombak tiba di belakang, kita kena cepat berdiri di imbang badan melungsur mengikut ombak. Selalu aku jatuh dlm berapa saat saja. Cuma satu kali aja dpt imbang lama sikit. Tapi sayang my wife tak snap foto pulak. Aku lihat dia sedang berbual dgn mat yang sewa board tu pulak.
Tak sampai setengah jam, aku naik semula ke pantai sebab tak ada stamina. Mamat yang mengurat wife aku pun tanya jika aku pernah surfing. Aku cakap tidak. "Ya, tadi saya lihat bapak gayak nya tak pernah  surfing ni" celaka! dia tahu pulak. "Kenapa tak bilang...saya bisa ajar bapak tadi" Aku cakap..ya! lain kali aja lah. kami sempat bergambar dan aku rasa puas kerana seumur hidup..dapat jugak aku SURFING.
Macam Patrick Swayze cerita "Wave"

 In lah mamat yang nak ngorat bini aku. Nama dia A An. Tapi dia baik orang nya.

Lepas surfing, kami pun pulang ke hotel, bersihkan diri, solat dan rehat sebentar. Dalam pukul 8 mlm, kami keluar cari dinner. Berdekat Hotel Hardrock, ada foodcourt jual berbagai makan. Ada dua tiga kedai halal. Kami pun makan nasi goreng dan my wifr order mee goreng. Very simple dinner. Pas tu kami jalan jalan sepanjang Jalan Kuta. Sebelum pulang, kami singgah kedai Spa dan urut kaki sahaja. Bayaran cuma rp$45,000 utk satu jam. Murah giler!
 My wife di urut oleh pengurut wanita dan aku pula oleh pengurut lelaki.

Lepas sesi urut, kami berjalan pulang ke hotel. rehat dan Zzzz.

Bersambung ke Hari ketiga........


No comments:

Post a Comment