Tuesday, January 4, 2011

Pergi Bali - Day 1

4 Hari saja - Pergi 25 Dec 2010 .....Balik 28 Dec 2010

Hari 1 - Sabtu 25 Dec 2010
Memang dah lama snagat nak pergi Bali sebab dengar cerita tempat nya cantik dan orang bali sangat menarik dari segi adat, budibahasa and agama. Akhir nya aku dpt dapat convinced wife pergi sama. Dia memang tak favour nak pergi sana sebab kata nya takut ada BOM!. Mengarut lah ! kan ajal kita di mana sahaja dan bila bila masa aja.
Kami pun berangkat ke Changi International Airport menaiki kereta. Nasser dan isteri nya Asmah (Adik Ipar) sudi menghantar kami hingga ke Terminal 2. Kami sudah tempah flight ticket Air Asia dua bulan earlier dgn harga S$210.00 sorang. Flight kami @12.15pm dan di jangka tiba di Ngurah Rai Airport Bali @2.45ptg. Kami juga dah pre booking makanan di aircraft..so tak risau nak makan tgh hari di Airport.
Flight berlepas tepat pada waktu nya. Wow.. sungguh kagum! Org kata kalau naik Air Asia tak bagus sebab flight selalu delay..tapi yg ini tak pulak. Seperti yg di jadualkan, kami tiba di Bali tepat pada waktu nya. Airport nya tak berapa besar tapi teratur jugak. Selepas immigration clearence, kami ambil beg trolly dan jalan menuju keluar. Sambil berjalan, saya terlihat di antara ramai orang yg sdg menunggu tetamu, ada saorang yg 'flash' namu aku serta nama hotel Masa Inn yg telah aku reserved. Aku lambai tangan kat dia (signal yg aku lah orang yg dia tunggu) dan dgn tersenyum dia arahkan aku menuju ke laluan keluar.
Nama dia I Made Nata..umur dlm lingkungan 30an beragama Hindu. Aku memang dah email kat hotel mintak arrangment for hotel transfer and hotel confirmed dgn harga harga RP$80,000.00 on way.
Perjalan ke hotel sepatutnya cuma 15 atau 20 saja tetapi ari tu traffic nya macat (JAMM dlm bahasa melayu) so it takes us about 45mins. Anyway...dlm perjalanan bayak penerangan yg di sampaikan oleh pak Made (sebutan nama dia ia lah Madih) tentang Bali dan kami lihat banyak kedai sepanjang jalan. Aku pasti wife dah tak sabar nak tawaf kedai x2 tu. Dia memang suka belanja (barang barang jaudi gila) dan makan bila bercuti. Aku plak suka lihat alam sekitaran, foto dan aktiviti lasak (adventure gitu).
                                         Ini lah Jalan Kuta dan pintu masuk utama ke Pantai Kuta

Akhirnya kami tiba di hotel dan check-in. aku di minta bayar satu hari sewa kamar dulu dan selebih nya bayar waktu check -out dan tiada deposit di perlukan. Reception area tak berapa besar tapi kami di sambut dgn begitu mesra dan di beri welcome drink lagi. Boleh tahan jugak hotel 3 bintang ini. Bilik kami di tingkat dua #239 wow! besar dan luas kamar kami. Actually bilik ini utk 3 org. Oleh kerana waktu nak booking, mereka dah tak ada bilik dua org so they offer kami bilik ini. Room rates RP$450,000 dalam $70.00 sing dollar lah. Ok lah jugak! cuma tambah sikit saja harga nya. Ada fridge, safe box, TV cable banyak cannel tapi tak ada cerek bikin kopi. Nasib baik kita bawak travelling kettle dari rumah sebab aku ni hantu kopi..mesti nak minum kopi sebelum mandi pagi.
Lepas solat, kami pun keluar lah jalan jalan. Takkan nak duduk dalam bilik aja kan..unless lah kalau pengantin baru!
                                          Pantai KUTA
                                          Ramai pelancong local dari Jakarta, Jawa dll
                                          Ada servis tukang picit badan dan tengkuk di sini..
                                          My wife Hafizah posing kat pantai KUTA
                                          "Free Hugs" activities by a group of youngsters
Bendera tanda ombak tak bahaya!

Berjalan dari hotel ke pantai hanya 10 minit saja melalui Poppies Lane1. sepanjang jalan..banyak kedai jual T shirt, cenderamata, minimart dan ada McDonald di penghujung Poppies Lane. Fast food kat sini semua nya halal.
Gembira jugak hati ini..akhir nya jejak jugak kaki aku di pantai KUTA. Pantai nya sungguh cantik dgn ombak tak putus putus. Kat Air Papan, Mersing pun ada ombak..tapi tak secantik Bali. Di pantai ini sungguh happening. Mat saleh pun ramai jugak. Tapi yg ketara, ada ramai pelancong dari indon yg dtg satu hari saja utk berkelah pas tu ramai yg pulang naik coach petang nya.
Sehingga matahari tenggelam, kami pun jalan jalan sepanjang Jalan Raya Pantai Kuta melalui Hard Rock Hotel dan Hard Rock Cafe. Cuaca dari siang ok ok sahaja tapi ada mendung sikit. Kami tak beli apa apa dulu cuma survey harga. Kami makan malam di Pizza Hut. Layanan di Pizza Hut lebih baik dari S'pore. PR diorang first class lah di katakan. Soo impressed!
Lepas makan, kami pun pulang ke hotel jalan kaki saja. Walaupun dah pukul 10.30 mlm, kawasna ini masih ramai lagi orang. kebanyakn kedai di sini tutup jam 11.00 mlm.
Tiba di hotel, kami bersihkan diri, solat dan Zzzzzz. 




Terima kasih kerana sudi membaca Journal kami. 
Seterusnya..journal ini akan bersambung di halaman Pergi Bali - Hari 2

No comments:

Post a Comment